|
Bismillahi rahmanir rahim Alhamdulillah. Mari kita sambung kuliah tentang Kalimah Syahadah ini. Hari ini kita hendak perkatakan tentang syahadat Rasulullah. "Asyhadu allailahaillallah wa asyahaduanna muhammadurrasulullah" - Saya naik saksi bahawa tiada jenis Tuhan yang disembah melainkan Allah. Saya naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Dalam ajaran Islam, Rasulullah juga termasuk sebahagian akidah. Sebab itu di’set’kan dalam syahadah itu, nama Allah dengan Rasulullah. Tidak sah akidah jika menyebut salah satu sahaja. Jika kita bersyahadah dan menyebut Rasulullah tanpa Allah atau menyebut Allah tanpa Rasulullah, itu tidak dikira sah. Kebesaran Tuhan itu tiada tandingannya. Tiada satu makhluk pun yang boleh menandingi-Nya. Tetapi atas nisbah makhluk, kehebatan Rasulullah itu besar. Allah SWT sendiri membesarkan baginda supaya hamba-hamba Allah juga membesarkan baginda. Hinggakan nama Allah dan Rasulullah di’set’kan sekali dalam syahadah. Akhirnya kedua-keduanya menjadi akidah, menjadi pegangan dan keyakinan. Termasuk dalam ‘meyakini’ yang tersirat iaitu apa sahaja yang ada hubungan dengan Rasulullah atau yang wajib berlaku pada Rasulullah. Wajib kita yakin. Pegangan dan akidah kita adalah termasuk dalam pengakuan syahadah itu. Kita sudah mengakui Allah itu Tuhan kita. Zat itu adalah zat Pencipta alam. Dengan sendiri, sifat-sifatNya yg berkait dengan Tuhan, kita wajib yakin dan percaya. Artinya kalau kita yakin seseorang itu utusan Allah, maka kita bersaksi, percaya dan yakin kepada apa sahaja sifat-sifat yang wajib pada Rasul itu. Ada 4 sifat wajib yang ada pada Rasul yang wajib diketahui, yakin dan percaya iaitu: 1.Dalam syahadah Rasulullah, yakinkan bahawa " Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu siddiq." Apa maksud Rasulullah itu siddiq?
~Rasulullah itu, cakapnya tidak mendahului perbuatan. ~Tidak membohongi. ~Perbuatannya tidak membohongi perkataan. ~Perbuatan dan kata-katanya itu sama. Itulah keyakinan kita. Kita naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu siddiq. Kita membenarkan perkataan, perbuatan dan sikapnya. Apa yang berlaku pada Rasulullah itulah yang Tuhan kehendaki.
2.Begitu juga kita naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu amanah. Apa maksud amanah? Jadi, bila kita mengucap "asyhadu anna Muhammadurrasulullah", didalamnya itu, rupanya terkandung yang dimaksudkan bahawa Rasulullah itu bersifat amanah. Saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu amanah. Sangat jujur menyampaikan hingga tidak ada yang tercicir dan tidak bertambah walau satu huruf. Tidak menambah-nambah. 3. "Asyhadu anna Muhammadurrasulullah" itu juga kita maksudkan bahawa kita besaksi bahawa Rasulullah itu menyampaikan. Bukan sahaja kita wajib yakin rasul itu Rasul. Kita juga wajib yakin bahawa dia sangat menyampaikan. Sedikit pun tidak syak. Menyampaikan hinggakan satu huruf pun tidak tercicir. Menyampaikan kepada semua. 4.Bila kita mengucap dua kalimah syahadah itu, kalimah Rasulullah yang kita maksudkan lagi ilah "Saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah cerdik/fathonah". Sifat cerdik itu adalah sebahagian dari satu pakej sifat2 Rasul yang 4. Itulah yang dikatakan Syahadat Rasulullah. Syahadat Rasulullah menjadi akidah bersama-sama Syahadat Tauhid. Cerdik Rasulullah bukan lagi cerdik istilah manusia. Istilah genius itu adalah istilah yang tersendiri. Pada manusia umum, istilah cerdik itu biasa. Tetapi hendak mencari yang ‘zakiyun’ itu juga payah. Genius pula istilah cerdik luar biasa pada orang awam [dipinjam dari bahasa Inggris]. Dalam istilah bahasa arab ‘genius’ disebut abqari iaitu ahli-ahli falsafah, ahli pemikir, atau ahli otak. Rasulullah tidak dikatakan abqari. Dia amat tersendiri. Sebab itu ada istilah baqanah. Istilah baqanah hanya boleh disandarkan pada Rasulullah. Kecerdikan Rasulullah itu tiada bandingan. Abqari pun kalah. Walaupun seribu ahli falsafah yang bertaraf abqari, mereka tidak boleh Jika ada kita bertanya seseorang tentang Rasulullah, dia menjawab "Eh! tak pernah dengar pun tentang sifat fathonah pada Rasulullah?". Rusak akidah dia! Lebih lagi boleh rusak,kalau dia telah belajar tetapi dia tidak yakin. Lagi rusak kalau dia tidak belajar dan dia tidak tahu bahawa akidahnya sudah rusak! Sebab itu wajib tahu dan wajib belajar! Serta wajib dijadikan keyakinan. Kalau sudah tahu tetapi menolak juga, lagilah berat. Sebab kalau sudah rusak akidah, walaupun akidah tentang syahadat Rasulullah sahaja, solat, zakat, puasa, haji menjadi batal. Maka semasa kita mengucap dua kalimah syahadat itu, bukan sahaja kita wajib mengakui bahawa Nabi Muhammad itu Rasul tetapi 4 sifat yang wajib baginya pun kita kena yakin dan kita saksikan. Saya rasa, tentang keyakinan pada sifat yang 4, inipun ramai orang telah mengabaikannya. Sifat Fathonah itu pun orang ambil tidak peduli. Ramai yang yakin Nabi Muhammad itu pesuruh Allah tetapi sifat-sifat baginda tidak pernah diambil tahu. Seperti orang yakin bahawa Allah itu Tuhan tetapi tidak tahu yang Dia Maha berkuasa, berkehendak, mendengar dsb. Di dalam Islam ini, akidah yang asas sahaja tidak cukup. iaitu sekadar hendak membezakan antara Islam dan kafir. Menjadi orang baik itu sahaja tidak cukup. Allah minta kita bukan setakat menjadi muslim atau orang Islam. Tidak pernah dikatakan orang Islam begini-begini masuk syurga. Tidak ada. Syaratnya mestilah menjadi orang bertaqwa. Lagi selamat. Dengan Islam sahaja tidak tentu selamat. Mukmin sahaja pun tidak pasti selamat dari neraka. Mesti mukmin yang bertaqwa. Jadi, jika hendak menjadi orang yang bertaqwa, ada satu pakej. Gabungan rukun iman, rukun Islam dan ihsan, ianya adalah satu pakej. Kena ada ilmunya, difahami, dihayati lalu diapply dalam kehidupan, barulah boleh jadi orang bertaqwa. Kerana ada rukun kepada rukun Iman, ada rukun kepada rukun Islam dan dalam rukun Ihsan, ada rukunnya. Kesemuanya itu satu pakej, barulah boleh menjadi orang bertaqwa. Sebab itu di dalam ajaran Islam ada 3, Iman, Islam dan Ihsan. Iman dan Islam sahaja tidak cukup. Mesti ada ihsan. Kalau sampai peringkat Ihsan , baru boleh menjadi orang bertaqwa. Bila sudah menjadi orang bertaqwa, baru ada jaminan selamat dunia akhirat. Di dunia ada jaminan tenang, bantuan dari Tuhan dan diakhirat selamat dari neraka serta terus akan pergi ke syurga.
--------------------------------------------------------- |
| Leave a Comment: |