|
Bismillahirrahmanirrahim Akhlak-akhlak mulia adalah bunga-bunga diri Kecantikan dan keindahan pada taman peribadi Orang melihat senang hati, banyak orang jatuh hati Akhlak bunga diri, nilai diri manusia Tiada bunga diri, tiada harga diri, tiada siapa menghormati Tiada harga diri, tiada siapa pun simpati Bahkan orang benci, orang selalu caci dan tidak disenangi Pemarah, sombong, hasad dengki adalah kudis-kudis, pekung-pekung yang bernanah Haloba, tamak, gila puji, gila nama Danur-danur busuk pada diri yang meloyakan tekak Orang benci, orang lari, orang caci, orang tidak senang hati Tanamlah bunga di dalam diri, sebagai taman yang indah Jika tiada bunga diri, kalau pemimpin orang hormat berpura-pura Orang takut sayang tiada Orang kaya, orang segan hormat tiada Ulama tiada bunga diri, orang tiada hormat Kata-katanya tiada didengar lagi Jika berlaku pada pemuda, orang tolak pinangannya Pemudi tiada bunga diri, orang takut meminangnya Akhlak bunga diri, taman indah berseri pada peribadi Tanamlah bunga dengan banyaknya dalam taman diri kita Muka buruk pun dipandang cantik Muka yang cantik apatah lagi bertambah cantik dan menarik Jika ramailah di dalam sebuah negara rakyatnya mempunyai taman bunga diri Rakyat-rakyatnya dimulia, negara bangga, agama bertambah tinggi nilainya Setiap peribadi kenalah berusaha menanam bunga di dalam diri Terutama para ulama, para pemimpin dan orang-orang kaya Kerana mereka tempat pandangan rakyat jelata Mereka itulah menjadi model di dalam negara __________________________________________________ Nukilan: Ust Hj Ashaari Muhammad 9.5.97 Selepas Subuh |
| Leave a Comment: |