|
|
Nov 21, 2005
Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.
Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya..."
Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut.
Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab "Ya.."
Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.
"Sekarang..." profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda...
Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."
"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu... anda tidak akan mempunyai ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda." "Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..."
Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan..."
Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah "Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini... "
Posted at 08:29 pm by adept
Permalink
Nov 20, 2005
Di Dalam Pelayaran Ini,
Termenung Dan Terfikir Sendiri,
Destinasiku Yang Jauh,
Sampaikah Aku, Dapatkah Aku Berpijak Di Daratan Itu,
Mana Taknya,
Layarku Buruk,
Bertampal Di Sana Sini,
Tak Kurang Ada Yang Tembus Angin Bisa Mulus,
Tiang Layarku Rapuh,
Angin Tiup Bagai Nak Runtuh,
Usangnya Kapal Ini Bisa Menenggelamkanku,
Sedang Asyik Melayan Perasaan,
Ku Lihat Kiri Dan Kanan Ku,
Lautan Bergelora,
Ombak Jahat Gulung Gemulung,
Bagai Terpaan Si Datuk Panglima Jiwaku Gentar Sekali,
Ku Renung Laut Itu,
Dasarnya Yang Penuh Misteri,
Sejuta Tanda Tanya,
Ku Dongak Ke Langit,
Daripada Keputihan Awan,
Bertukar Hitam, Pekat Kehitaman,
Aku Takut,
Hatiku Gentar Beerhadapan Langit,
Merenungku Dengan Seribu Kebengisan,
Angin Yang Tadi Bisa Membuat Ku Terlena,
Kini Menderu Dengan Penuh Keganasan,
Dari Jauh Ku Terdengar Tempikan Sang Guruh,
Marahkah Dia?
Si Petir Memanah,
Ke Mana Arah Panahannya,
Ku Terumbang Ambing,
Tak Bisa Di tegakkan Badanku,
Kabus Yang Tebal,
Di Kiriku,
Manusia˛ Yang Lemas,
Terkapai˛ Mencari Tempat Berpaut,
Tangisan Memilukan Hati,
Lautan Menjadi Merah, Menggelegak, "Tolong Panas"
"Saudara Tolong Panas"
Inginku Tolong, Satu Suara Kedengaran,
"Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Dalam Kerugian,Melainkan Mereka˛ Yang Beriman Dan Beramal Soleh,Dan Mereka Yang Berpesan Kepada Sesuatu Yang Hak,Dan Mereka Yang Berpesan Kepada Kesabaran"
Ku Terpaku,
Tekakku Terasa Loya,
Laut Itu Penuh Dengan Nanah,
Lendir Dan Bau Hanyir Darah,
Manusia˛ Itu Tenggelam Satu Persatu,
Ku Toleh Ke Kanan, Silau Mataku,
Cahaya Yang Begitu Terang,
Sebuah Istana Penuh Dengan Bidadari˛ Cantik,
Suara Tawa Dan Riang Kedengaran,
Mereka Seperti Raja,
Semua Yg DiMinta Dikurniakan Sekelip Mata,
Alangkah Indah Dan Nikmatnya,
Sesungguhnya Amat Beruntunglah Org˛ Yg Beriman"
Tiba2, Badanku Diselimuti Kegelapan,
Sunyi Sepi,
Seakanku Terlontar Ke Daerah Yg Begitu Asing,
Di Sana Ada Cahaya,
Kulihat, Sekumpulan Manusia Bersimpuh,
Mengalunkan Suara Memilukan Hati,
"Tuhanku, Aku Tidak Layak Masuk SyurgaMu,
Namun Tak Upaya Menghadapi Siksa NerakaMu.
Terima Taubatku Dan Ampunkan Dosa Dosaku,
"Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Dosa Dosa Besar"
"Air Mataku Tumpah, Hati Yg Sebak Sekali"
"Ya Allah Ampunilah Dosa Hambamu Ini"
"Sesungguhnya Kau Lah Yang Maha Besar"
"Maha Pengampun Dan Pengasih"
"Tempatkanku Dalam Golongan Beruntung..
Ya Allah
Posted at 01:49 pm by adept
Permalink
SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU ......
Subuhnya
di mana aku berada masih enak dalam kelambu rindu sambil berpoya-poya dengan waktu masa bagaikan menderu langkah tiada arah tuju fikiran terus bercelaru terlupa aku semakin dihujung waktu siapa aku di depan Tuhan ku.
Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan kehausan dan rehatku aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan aku terlupa betapa besar kerugian jika aku mengadaikan sebuah ketaatan siapa aku di depan Tuhan ku.
Asarnya
aku lupa warna masa cepat berubah bagaikan ditolak-tolak aku masih dengan secawan kopiku terlupa panas tidak dihujung kepala aku masih bercerita tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku.
Maghribnya
aku melihat warna malam tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya mencari sisa-sisa keseronokan tidak terasa ruang masa yang singkat jalan yang bertongkat-tongkat ruginya bertingkat-tingkat siapa aku di depan Tuhan ku.
Isyaknya
kerana masanya yang panjang aku membiarkan penat menghimpit dadaku aku membiarkan kelesuan mengangguku aku rela terlena sambil menarik selimut biru bercumbu-cumbu dengan waktuku siapa aku di depan Tuhan ku.
kini aku menjadi tertanya-tanya sampai bila aku akan melambatkan sujudku apabila azan berkumandang lagi aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini jika ruangku dibiarkan kosong jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang.
Posted at 11:38 am by adept
Permalink
|
|
|