:: Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ::
_786_


Mar 15, 2007
Nilai Disebalik Tudung...(petikan emel)

"Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??

Isteri jiranku: Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?

Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa: apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah

saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.

Posted at 02:37 pm by adept
Make a comment  

Mar 12, 2007
Multi-level Marketing (MLM)

 
"Dan jangan salah faham, bukan semua MLM, saya hanya sebut bentuk-bentuk yang syubhah dan boleh jadi haram. Jika terbukti salah, maka syarikat MLM itu boleh membetulkan sistemnya supaya tidak menjadi haram dengan memperbetulkan akad, syarat dan kaedahnya seperti contoh buat musyarakah, kena ada 'partnership' sesama ahli. "


Harakahdaily: Berikutan artikel Ustaz keluaran Harakah cetak lalu, ada yang menyoal kredibiliti atau kapasiti ustaz seolah-olah tiada 'locus standi' (kelayakan) untuk membicarakan hal MLM dan riba yang mana ustaz sendiri bertugas di bank kemungkinan terlibat dalam urusan riba?

Hasil kajian Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman berkaitan 'multilevel marketing' dan pelaburan internet yang menyamai skim cepat kaya menjadi topik hangat yang diperbincangkan serta mendapat reaksi pelbagai pihak malah lebih meresahkan ramai umat Islam yang terlibat dengan skim jenis ini.

Bagi merungkai permasalahan ini wakil Harakahdaily menemui dan mewancara Ustaz Zaharuddin yang juga Setiausaha Majlis Penasihat Syariah di sebuah institusi kewangan antarabangsa di Malaysia. Beliau berkelulusan Sarjana Muda (BA) Usuluddin dari Universiti Malaya dan Sarjana (MA) Fiqh dan Usul Fiqh dari Universiti Yarmouk, Jordan.

Harakahdaily: Berikutan artikel Ustaz keluaran Harakah cetak lalu, ada yang menyoal kredibiliti atau kapasiti ustaz seolah-olah tiada 'locus standi' (kelayakan) untuk membicarakan hal MLM dan riba yang mana ustaz sendiri bertugas di bank kemungkinan terlibat dalam urusan riba?

Ustaz Zaharuddin: Dalam Islam tidak ada 'locus standi', yang penting,ambil apa yang dikatakan bukan siapa yang berkata selagi mana ia menepati syariat Islam.Ibn Umar berkata berkata: "Ilmu itu ada pada tiga, al-Quran, Hadis dan menyebut 'aku tidak tahu' dalam perkara yang tiada ilmu dalamnya" , maka yang penting di sini adalah apa yang disampaikan dan bukan siapa yang menyampaikan" dan ALLAH SWT menyebut: 'Bilamana kamu keliru atau bertengkar dalam satu perkara maka rujuklah jawapannya di dalam al-Quran dan Sunnah.'

Yang kedua, sebenarnya kapasiti saya yang bertugas di sebuah institusi kewangan Islam menjadikan saya lebih layak dan 'advantage' bukan 'disadvantage'. Ini kerana saya terdedah dengan 'nature' kewangan semasa, instrumen kewangan moden, hal ehwal kontrak.

Di mana tugas seperti ini memerlukan saya menyemak kesahihan sesebuah produk kewangan dan kontraknya dari sudut Shariah.

Malah di sekeliling saya juga terdapat pakar-pakar pelaburan yang boleh saya bawa berbincang berbanding dengan pihak lain yang mungkin tidak memahami apa itu 'fixed deposit', 'derivatif', 'indicative rates' , bagaimana implementasi Mudarabah dan musharakah dalam bentuk praktis dan sebagainya, maka seseorang yang tidak terlibat dalam industri kewangan semasa tidak akan terdedah kepada teori sahaja, menyebabkan mereka boleh tersilap dengan mudah.

Tetapi alhamdulillah saya berada dalam industri kewangan Islam serta bergaul dengan ulama tempatan dan antarabangsa yang takhassus dalam bidang Muamalat Islam.

Seorang graduan Syariah yang bertugas di industri perbankan Islam lebih berkapasiti daripada pensyarah yang mengajar teori berkenaan Fiqh Muamalat sahaja. Mungkin seorang ustaz itu boleh mengatakan 'jauhilah riba' tetapi kami di sini bukan sekadar teori tetapi kami juga berkata sahaja, tetapi juga menjadikan ke alam realiti dan membantu umat Islam.

Kita perlu faham bahawa bank ada dua jenis, satu bank konvensional dan bank Islam. Alhamdullilah saya bertugas di salah sebuah bank Islam antarabangsa yang membuka cawangannya di Malaysia. Bank ini adalah 100 peratus Islam dalam produknya malah dananya juga semuanya datang dari institusi kewangan Islam di Timur Tengah.

Manakala Pengerusi penasihat Syariah yang saya duduk ini pula adalah Syeikh Dr Abdul Sattar Abu Ghuddah untuk cawangannya di Malaysia dan Sheikh Dr Yusof Al-Qaradawi bagi cawangan utamanya di Timur Tengah. Kedua-duanya adalah ulama tersohor dalam kewangan Islam di dunia dan hampir setiap minggu saya akan berbincang dengan mereka demi memastikan urus niaga di institusi kewangan Islam yang saya berkhidmat ini ini tidak terlibat dengan sebarang usnur riba, gharar, zalim dan lain-lain yang diharamkan.

Bagaimana timbulnya kajian ini, mengapa dan tujuan Ustaz mendedahkan MLM dan skim cepat kaya internet ini?

Pada mulanya kajian umum ini sudah lama dilakukan semenjak saya bertugas di sebuah bank Islam tempatan lagi, kerana di samping bertugas saya turut aktif memberi penerangan, seminar, penulisan dan ceramah serta kuliah tentang betapa besarnya dosa riba dan kesannya kepada rakyat khususnya umat Islam.

Hasil daripada itu, timbul respons, reaksi pelbagai serta pertanyaan-pertanyaan antaranya tentang pelbagai produk pemasaran, pelaburan internet dan termasuklah skim 'multilevel marketing' yang wujud di pasaran.

Sebenarnya, instrument pemasaran dan kewangan ini terlalu banyak, sesetengahnya amat 'complicated', memandang sistemnya rumit, helah dan tipu dayanya sangat licik, penyokongnya pula sangat fanatik, saya tidak berminat untuk mengkaji tambahan pula tiada cukup masa kerana kesibukan, malah ulama dunia pun tidak sempat untuk menyemaknya.

Namun, ramai yang mendesak supaya saya menjawab dan menerangkan secara khusus syarikat-syarikat pelaburan internet ini dan akhirnya saya dedahkan antaranya saya muatkan dalam laman web saya sendiri dan artikel saya disiarkan dikeluaran Harakah lalu, tetapi artikel yang dikeluarkan itu hanya sebahagian sahaja daripada artikel penuh saya.

Jadi ramai dah salah sangka mengatakan saya mengharamakn semua jenis MLM, pada hal saya dah sebut di hujung artikel penuh beberapa bentuk yang halal dan ia hanyalah sekadar pandangan saya yang boleh dibincang, bukannya telah putus.

Kajian ini adalah pandangan peribadi saya, saya bukan JAKIM bukan juga mufti dan terpulanglah kepada sesiapa yang nak menerima ataupun tidak. Sama sepeprti pensyarah dan cendekiawan di universiti yang kerap membuat fatwa sendiri dalam kajian ilmiah mereka, cuma tidak dipopularkan di kalangan orang awam sahaja.

Saya lakukan kajian itu adalah atas dasar tanggungjawab sebagai seorang Islam dengan bukti-bukti, dalil-dalil, dan fakta daripada ulama terkemuka dunia sekadar yang saya faham dan temui. Maka jika sesiapa tidak setuju, anda bebas untuk menulis semula di Harakah atau di mana-mana jua dengan dalil dan hujah anda.

Saya tiada masalah kerana saya dah sebut ia masih terbuka untuk perbincangan. Kebaikannya adalah, tulisan saya itu membuka mata para ustaz dan ilmuan Islam yang lain untuk mula membuat kajian. Bagi saya itulah matlamat dan kejayaan tulisan saya itu…iaitu agar awam membuka mata tentang halal dan haram dalam bab kewangan yang boleh menyebabkan seluruh hidup dan darah daging mereka dipenuhi dosa.

Asas utama sesuatu MLM atau skim cepat kaya yang dikenali sebagai sistem piramid itu haram?

Saya bukan 'specialist' dalam bidang MLM atau skim piramid, dan ada masanya saya juga keliru kerana konsepnya hampir sama antara satu dengan lain, tetapi yang saya tahu sistem asasnya berkonsepkan sama ada 'jual produk' dan dapat komisyen atau tiada produk tapi komisyen atas 'kepala' , lalu terbentuklah 'upline - downline'. Yang jelas haram dan riba ialah sistem piramid yang menjual 'kepala' tanpa menjual sebarang produk.

Ini disepakati ulama dunia iaitu Kesatuan Ulama Fii Sedunia yang pakar tentang kewangan Islam dan mereka telah kaji satu MLM di Indonesia, iaitu Biznaz Multilevel. Biznaz tiada produk, dia melantik orang lantik orang iaitu untuk dapatkan komisen bersandarkan lantikan orang atau wakil.

Maknanya, ini permainan duit, seseorang beri duit untuk dapat duit lebih lagi. Ini 'basic knowledge' iaitu duit bertukar duit yang menjadikan riba. Tidak perlu JAKIM atau mufti untuk keluarkan fatwa. Jenis sistem ini, jelas riba dan haram.

Malangnya, untuk memberi faham kepada orang awam, ia agak sukar kerana ia memerlukan bebrapa 'basic knowledge' tentang apa itu riba dan pembahagiannya dan bagaimana sifat-sifat dan helah riba. Tidaklah saya mampu untuk meneybut dengan mudah dan ringkas di ruangan ini.

Macam orang tanya pada jurutera bagaimana cara buat bangunan sebesar KLCC dan tak runtuh, maka tidak bolehlah dijawab dengan begitu mudah, perlu belajar dan ambil masa yang lama untuk menerangkannya.

Orang awam perlu faham, apa itu Riba Duyun' dan riba Buyu', dan Riba Qard, Riba Jahiliah, Riba Al-Fadhl, Riba An-Nasiah, Riba Al-Yad dan banyak lagi. Selain memhami teori dan takrif-takrif itu, perlu juga faham bagaimana bentuk ia wujud dalam aktiviti harian dan perbankan. Jika tidak, ilmu teori itu tidak berapa dapat menolong.

Dalam konteks tiada produk tapi jual kemudian dapat komisyen daripada duit. Ahli masuk bayar yuran, dia dapat komisen, maka dia ambil komisyen daripada duit itu. Ini dinamakan riba buyu' dan Riba al-Fadhl, 'nature'nya sudah berubah daripada komsiyen atau broker atau apa jua istilah topengnya kepada riba yang terhasil daripada jual beli duit dengan tangguh serahan daripada sebelah pihak, malah lebih pula jumlahnya.

Satu lagi, bayangkanlah kalau semua orang buat masuk skim pelaburan jenis internet yang letak duit, goyang kaki duit masuk selagi ada kepala yang masuk, maka semua orang tidak akan bekerja, hanya tunggu dapat duit sahaja, tiada sesiapa yang bekerja. Buat duit dapat duit. Tidak ada yang akan bina bangunan, jalan kerana semua orang tunggu duit masuk selepas 100 hari. Inilah yang amat bercanggah dengan Maqasid Shariah.

Bagi orang ramai yang 'naif' dan bukan ahli agama, apakah asas utama yang perlu diketahui sebelum menceburi sesuatu bidang pelaburan supaya ia menepati syariat dan diterima oleh Islam?

Saya suka mengingatkan masyarakat kata-kata Khalifah Umar Al-Khatab:" Jangan kamu masuk dalam pasar kami, kecuali kamu sudah faham hukum agama tentangnya." Ini bukan bermaksud tak boleh beli sayur atau susu di kedai.

Maknanya, kamu jangan masuk bab-bab kewangan yang keliru dan kompleks kecuali sudah faham bab hukum seperti MLM dan pelaburan internet yang kompleks dan rumit serta penuh dengan helah dan gharar.

Kedua, untuk memudahkan orang awam ialah sesuatu pelaburan asasnya tidak boleh ada riba. Riba ini panjang isunya dan pelajarannya di universiti ada yang mengambil masa satu semester untuk memahaminya.

Yang ketiga 'Gharar' iaitu 'uncertainty' (tidak jelas/ tidak pasti). Sebagai contoh pelaburan internet yang tinggi unsur ghararnya kerana tiada sebarang kontrak dibuat, semuanya bergantung kepada laman web. Seseorang itu masuk dan bayar melalui internet kemudian tunggu level atau 'kakinya'atau 'downline' keluar di situ. Bagaimana kalau laman web itu hilang? Maka, jadinya 'sekian terima kasih lah kot'(ketawa).

Ada individu yang hubungi saya dan sebut bahawa dia tidak mempunyai sebarang kontrak atau sebarang perjanjian dengan pelaburan internet tersebut, maka kalau berlaku sesuatu, saya reda ditipu. Mana boleh begitu. Semua bergantung kepada internet, hilang sahaja laman web itu, habis. Inilah gharar, dan Allah sebut dalam al-Quran agar jika berhutang kena tulis, ia termasuk hal ehwal urusan kewangan yang besar-besar seperti pelaburan. Maka mesti ada perjanjian dan kontrak.

Selain itu, bagi sebahagian MLM pula, ada yang menjadi gharar apabila tiada akad dan jika ada akadnya pun atas wakil kepada wakil, kepada wakil yang lain. Syarikat ini nak jual barangnya, tetapi tak jelas barangnya dan tak jelas kegunaannya.

Malah yang beli sebenarnya bukan reti guna benda yang dibelinya, sebagai contoh, ada MLM yang jual lima laman web, apabila beli secara automatik dapat masuk 'line'. Tapi ada peserta yang masuk skim ini beritahu saya , internet pun dia tak tahu apa, apatah lagi nak guna lima web yang dia beli tu. Skim beginilah yang telah diputuskan oleh Kesatuan Fiqh sedunia sebagai haram.

Yang keempat dari sudut akad pula ada syarat. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "tidak boleh buat dua transaksi atau urus niaga dalam satu akad."

Seperti contoh akad yang betul menjadi haram apabila syaratnya ada unsur haram dan tidak munasabah.

Contoh akadnya seperti 'saya jual 'handphone' ini dengan harga RM100 kepada awak tetapi syaratnya jangan guna 'handphone' itu'. Akad yang pada mulanya halal menjadi batal apabila wujud syarat yang mengarut - sedangkan tujuan beli 'handphone' untuk guna dan pakai 'handphone' tersebut.

Begitu juga sesetengah MLM, saya jual barang ini dengan syarat anda mesti menjadi ejen atau wakil syarikat kami dan kami akan bagi anda komisyen jika dapat cari ahli lain yang bayar. Awak nak beli barang saya, awak kena jadi ahli dan wakil saya.

Ini memaksa, sedangkan ada orang nak beli tetapi dia tidak mahu menjadi ahli atau menjadi kaki dan masuk 'downline' ini menjadi paksaan kepada peserta tadi. Ini bentuk yang disebut oleh hadis Nabi s.a.w. Boleh rujuk kajian terperinci oleh Prof Dr Nazih Hmmad tentang erti dua akad dalam satu. Dan juga huraian hadis: "Larangan jual dan disertai dua syarat" yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad.

Banyak syarat dan terma yang perlu disemak. Tanya kepada peserta yang telah masuk MLM atau skim itu, sama ada anda semak syarat dan termanya. Pernah tak mereka tahu tentang halal dan haram dalam bab kontrak. Adakah mereka faham apa itu semua terma-terma yang ada dalam aqad mereka?.

Ini kelebihan dan 'advantage' orang yang bertugas di institusi kewangan Islam, iaitu lebih berkapasiti lagi untuk menbicarakan soal halal haram dalam urusan kewangan dan perniagaan seperti ini. Untuk menjelaskan secara detail perkara-perkara itu, tiada jalan mudah melainkan belajar ilmu tentangnya, tiada jalan 'simple' untuk faham.

Seperti di laman web ustaz, adakah ustaz hanya mengkaji sistem pelaburan ABB Fund sahaja atau ada syarikat lain lagi?

Saya tidak sekadar mengkaji itu sahaja, saya juga sumbangkan ilmu saya untuk kaji Swisscash, ABB Fund, Winlifund, Arabic Fund dan terbaru E-barrel. Ada pengharaman disebabkan oleh konsep yang sama.

E-barrel dan EM-PAY atau yang lain-lain, dari sudut perundangan negara, adakah ianya 'legal' atau sah di segi undang-undang dan bagaimana pula ada sesetengah program dan skim tersebut dilancarkan oleh menteri?

Itu bukan alasan walaupun ada yang sah dari segi undang-undang malah ada menteri merasmikannya namun itu tidak penting dan bukan fokus saya.

Fokus saya ialah bab hukum Syariah. Kilang Carlsberg di Lebuh Raya Persekutuan itu juga sah dari sudut undang-undang Malaysia.

Orang ramai kena faham bahawa kajian saya bukanlah terhadap benar atau tidak sistem ini boleh buat duit, atau berkesan atau terjaminkah sistem ini, ada tipu muslihat atau sebaliknya tetapi fokus kajian ialah sama ada sistem MLM atau Skim tersebut menepati syariat Islam atau sebaliknya. Memang benar ada yang menelefon saya beritahu dah dapat RM2-10 juta dari skim-skim ini. Ia benar katanya. Memang benar, tapi sah ke dari sudut Syariah?. Itu fokus saya.

Saya beri pandangan haram beberapa skim tersebut 'base on my personal view' iaitu pandangan peribadi saya dan sebagai umat Islam yang bertanggungjawab. Kalau anda tahu dan ada ilmu tentangnya, anda perlu beri tahu kepada orang ramai.

Memang benar saya tiada 'authority' di negara untuk memberi fatwa sebagai mufti, sebagai orang Islam yang faham tentang kajian ini, saya kena jelaskan dan saya ada hujah.

Kalau ada pihak yang tidak bersetuju dengan hujah saya terpulanglah atau sediakan dan nyatakan hujah anda pula, begitulah yang sebaliknya.

Dan jangan salah faham, bukan semua MLM, saya hanya sebut bentuk-bentuk yang syubhah dan boleh jadi haram. Jika terbukti salah, maka syarikat MLM itu boleh membetulkan sistemnya supaya tidak menjadi haram dengan memperbetulkan akad, syarat dan kaedahnya seperti contoh buat musyarakah, kena ada 'partnership' sesama ahli.

Tapi persoalan, adakah pengarah syarikat atau bos-bos MLM ada usaha ke arah itu? Saya nampak seolah-olah tidak berminat untuk memperbetulkan sistemnya agar ianya menjadi halal dan merasakan sistem Islam ini menyusahkan mereka.

Kapasiti ustaz sebagai individu yang faham kedudukan kewangan dan pelaburan, adakah secara logik mahupun fakta, adakah sistem ini memang benar-benar memberi pulangan berlipat kali ganda? Adakah sistem ini sesuatu yang meyakinkan?

Memang sesetengahnya memang benar pulangannya malah ada yang telah mengaku telah berjaya memperolehi RM10 juta melalui sistem ini. Dari sudut undang-undang negara, syarikat tersebut memang sah , ada yang telah didaftar dengan Kementerian Kewangan tetapi persoalannya adakah sah dan halal dari sudut agama Islam.

Yang penting adalah hukumnya. Siapa penasihat syariah mereka dan berkaliberkah mereka? Bab hukum ini berkait dengan iman.Hukum ini satu perkara yang tidak nampak.

Kalau beli 'handphone' betul dengan 'handphone' curi, tiada bezanya langsung. Sama warna, sama bentuk. Ia tidak bertukar warna sekiranya dibeli secara sah dan tidak juga berubah wajah jika 'handphone' tersebut adalah 'handphone' curi, 'handphone' tetap sama begitu. cuma dari segi hukum ia berkait rapat dengan iman. Apabila ada akad, ada perjanjian dan beli 'handphone' yang betul menandakan iman kita kepada Allah SWT.

Berkenan skim jual kad diskaun dengan plan A,B dan C, boleh jadi betul dan memang ada yang sudah dapat duit tetapi itu bukan 'point' saya. 'Point' saya bukan sistem itu tipu atau tak. 'Point' saya adalah dari sudut agama iaitu halal atau haram.

Boleh jelaskan lagi?

Bukan semua sistem yang mendatangkan wang jutaan ringgit atau berlipat-kali ganda semuanya haram. Islam menghalal sekiranya kita melabur dan dapat duit banyak, tetapi yang menjadi haram ialah mereka membuat jaminan keuntungan yang pasti.

Seperti contoh, yang mana kita boleh tengok web-web mereka, labur RM168 syarikat jamin keuntungan dalam sekian waktu umpamanya seminggu atau sebulan anda dapat dijamin dapat RM100,000.

Analogi saya mudah, jika anda membeli satu lot saham di Bursa Saham Kuala Lumpur, adakah anda diberi jaminan akan dapat keuntungan pada tempoh tertentu dengan 120 peratus dari wang modal anda? Sudah pasti tidak. Yang ada ialah jaminan risiko untung rugi.

Itu adalah konsep pelaburan Islam. Siapa beritahu, Nabi Muhammmad yang beri tahu iaitu 'alkharraj bi ad-Dhaman' ertinya 'keuntungan mestilah menanggung risiko yang berpatutan' dan itu adalah kaedah fikah atau dengan kata lainnya 'profit is by taking risk'.

Tetapi apabila syarikat jamin sahaja keuntungan, itulah telah mengubah 'nature' akad, mengubah pelaburan Islam kepada riba.

Contoh saya melabur RM1000 sebab dijanjikan dengan jaminan RM1,500 sebagai pulangan dalam tempoh sebulan, duit untung RM500 itulah riba duyu' jenis al-Qard.

Pelaburan dalam Islam ialah, saya beri dan labur RM1,000 untuk syarikat buat perniagaan, jika ada untung kita akan bahagikan mengikut peratusan seperti 20 peratus untuk kita atau 80 peratus untuk syarikat. Kalau rugi, lupus begitu sahaja atau ada perkiraan rugi mengikut peratus tertentu. Ini yang dibenarkan.

Saya mahu beri duit itu kepada awak dengan syarat awak bagi duit itu dengan jumlah yang tertentu. Ini macam jual beli duitlah. Saya bagi RM100 dengan syarat awak bagi saya RM150 kemudian. Dalam pelaburan, apabila sahaja ada jamin keuntungan pada sekian masa, maka jatuhlah riba disitu.

Bagaimana kalau MLM dan skim itu mempunyai produk atau barang, malah ada yang halal?

Walaupun perniagaan halal seperti jual Quran. Itu isu kedua. Isu pertama tadi ialah akadnya mesti jelas sifatnya dan tidak terbatal. Barulah dinilai dari sudut barangnya pula.

Jika akad batal atau haram, maka barangan yang diurusniagakan tidak menjadi isu lagi walaupun produk iu halal seperti Quran digital, ubat kuat dan sebagainya. Ada juga akad halal tetapi produknya haram pula, juga tidak terpakai pelaburan seumpama ini.

Analogi mudah ialah si A curi duit kemudian dia beli Quran. Beli Quran itu perkara kedua, perkara pertama yang dilihat ialah cara dia dapat duit tu dulu. Kalau yang pertama sudah haram, maka tidak berguna langsunglah walaupun ianya adalah untuk beli Quran.

Nabi pernah menyebut dalam hadis sohih yang bermaksud: "Tidak akan lepas kedua-dua kaki anak Adam sehingga ditanya dari mana dia dapat duit dan ke mana duit itu dibelanjakan."

Ada dua peringkat kena semak, pertama: cara anda letak duit itu kita kena semak, kemudian baru kita 'check' pelaburan produk itu sama ada halal atau tidak.

Ada yang kata, kami terlibat dengan urus niaga minyak and gas. Itu tahap semakan kedua, tahap pertama adalah atas dasar apa duit itu diberi, apa akad dan cara anda laburkan atau beri duit itu macamana kaedahnya. Sudah selesai, baru semak produk apa pula yang dijual, namun itupun ada yang kena tipu juga.

Malah jika semak pun, sebenarnya macam ABB dan sekutunya , mereka bukan labur dalam 'oil' and gas semata-mata, bila anda 'check' betul-betul, anda akan lihat syarikat itu terlibat pula dengan 'forex trading' dan 'money market' yang begitu banyak boleh berlaku Riba. Memang ada FIREX yang halal, tapi dalam hal ia dikendalikan oleh puak-puak kapitalis Barat ni, semua mereka langgar je semua jenis.

Contoh lain juga berkaitan ABB Fund, bukan sahaja minyak dan gas tetapi juga terlibat dalam 'commodity features'(pasaran hadapan), iaitu pasaran hadapan yang telah disepakati oleh ulama dunia, haram.

Contohnya mudah: Saya jual kereta yang belum saya beli lagi kepada awak pada masa akan datang. Kereta itu adalah aset atau 'commodity' manakala terma 'akan datang' ialah hadapan - pasaran hadapan.

Ini yang Nabi kata "jual hutang dengan hutang" dan jangan jual sesuatu barang yang belum anda miliki. Ini 'confirm' haram, ijmak ulama.

Bukankah lebih baik menceburi pelaburan yang telah menjamin keuntungan, jadi orang ramai tidak risau malah yakin sudah 'confirm' ada jaminan untung berbanding ada risiko rugi disamping itu ada pula berpendapat sistem jenis ini perlu diberi penafsiran semula, sebab instrumen jenis ini tiada pada zaman Nabi?

Memang benar tiada pada zaman Nabi, tetapi Nabi telah meletakkan asas utama untuk dijadikan panduan untuk diikuti oleh umat Islam pada dahulu dan akan datang. Jangan kata pula Islam tu tak lengkap ye. Allah dah sebut Islam lengkap dan semua jenis instrument kewangan dan pelaburan ini dah ada garis panduannya.

Kita perlu faham, bahawa Islam menjaga kedua-dua belah pihak, pelabur dan pengusaha. Bayangkan jika tiada pelabur mahu letak kecuali jika pengusaha menjamin untung tertentu.

Ini menyusahkan dan menzalimi pengusaha dalam melakukan perniagaan. Kerana terpaksa berisiko amat tinggi, jika ia rugi pun, masih nak kena bayar untung yang dijanjikan, inilah RIBA.

Pelabur seronok, pengusaha mungkin susah hati ataupun seronok juga sebab dapat duit banyak. Memang benar mereka boleh jamin untung tertentu bila bisnes mereka hebat dan bagus, tetapi apa yang akan berlaku jika musibah akan datang, bencana alam seperti taufan yang berlaku sehingga mengakibatkan syarikat tersebut menghadapi masalah kewangan. Bagaimana jaminan untung itu?

Bukankah sudah menzalimi satu pihak dan terpaksalah pengusaha berusaha mencapai jaminan itu atau melarikan diri, atau tutup perniagaannya.

Yang dibenarkan dalam Islam ialah syarikat menunjukkan prestasi keuntungan syarikat sepanjang tahun atau lima tahun, untung sentiasa dan berbeza-beza jumlahnya, itu tidak mengapa. Begitu jugalah yang ditunjukkan oleh bursa saham. Ada laporan kewangan. Ini untuk menarik minat pelabur. Ini boleh, sebab syarikat tersebut tidak menyatakan jaminan keuntungan pada tempoh tertentu dengan jumlah yang tertentu.

Kalau ada, 20 peratus untuk pelabur dan 80 peratus pengusaha ambil tetapi kalau rugi anda rugi sepenuhnya.Itulah risiko yang harus dihadapi dan ini risiko yang dibenarkan dalam Islam bukan risiko ditipu atau hilang wang dan sebagainya.

Pendapat yang menyatakan bahawa inilah masanya dan melaui MLM dan Skim inilah untuk menjana ekonomi umat Islam?

Menjana ekonomi umat Islam...sebagai orang yang memperjuangkan Islam, semua mesti faham bahawa kejayaan sesuatu umat itu bukanlah terletak kepada material atau harta.

Firaun telah menunjukkan kekayaannya dan mampu membina piramid yang hebat dan juga mepunyai harta yang melimpah, tetapi Allah suruh utusannya berjumpa dengannya sebab apa? Sebab dia menderhaka, memang ramai yang menderhaka kerana duit. Mulut melaungkan kalimah Islam tapi terlibat dengan riba.

Kesilapan yang dilakukan oleh umat islam meletakkan material sebagai segala-gala kepada jawapan masalah.

Dua unsur untuk berjaya ialah material dan spiritual, mesti ada unsur berkat. Apabila material atau wang terlibat dengan riba maka keberkatan itu tidak ada. 'Allah menghancurkan keberkatan yang terlibat dengan riba' sila rujuk surah Al-Baqarah - ayat 278.

Kalau begitu, membina ekonomi umat islam tetapi buat perkara bathil seperti rasuah, merompak, mencuri dan terlibat riba maka adakah gunanya di sisi agama? Langsung tidak berguna.

Duit riba sebenarnya tidak dimiliki oleh orang memiliknya, tidak sah dan tidak membawa sebarang berkat serta membawa kepada sifat tamak, pergaduhan, maksiat dan jauh dari Allah SWT.

Pendapat menyatakan urusan pembelian rumah dan kereta juga terlibat dengan unsur riba, maka apalah kurangnya dengan MLM atau skim ini?

Siapa kata semua pembelian rumah dan kereta sekarang semua terlibat unsur riba sedangkan masyarakat telah menggunakan pelbagai dana dan kaedah perbankan Islam yang tidak melibatkan sebarang riba untuk membeli rumah dan kereta.Ada konsep murabahah untuk beli rumah dan ada konsep ijarah untuk beli kereta,

Akadlah dan penjagaan syarat-syaratnya itu akan menjadikan sesuatu perkara itu halal atau haram. Sebenarnya akad tersebut menandakan keimanan kita kepada Allah SWT.

Akad begitu penting. Menggunakan hujah bahawa semua bank dan urus niaga di negara ini terlibat riba sebenarnya mereka ini tidak faham dan tidak benar sama sekali. Ini panjang utntuk saya ulas, rujuklah di web saya.

Bagaimana caranya dan nasihat bagi yang sudah terlibat dengan MLM dan skim jenis yang haram ini?

Caranya ini, mengikut pandangan peribadi saya dan pelajaran yang saya ambil daripada para ulama, ia terdapat khilaf, kesimpulannya segala modal yang telah diletak layak untuk kita ambil semula kerana itu hak kita, ada sesetengah syarikat tidak mengizinkan. Tak mengapa, duduk dulu dalam sistem itu sehingga tempoh matang.

Sudah sampai masanya keluarkan balik modal itu kemudian untung yang diperolehi kena serah kepada fakir miskin atau badan kebajikan anak yatim atau kebajikan awam untuk bina bangunan dan sebagainya.Ini keputusan Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia dan juga Majlis Fatwa Eropah yang diketuai oleh Al-Qaradawi.

Tidak boleh guna wang keuntungan itu untuk tujuan dan kepentingan peribadi seperti bayar kereta, rumah ataupun cukai pendapatan apatah lagi guna untuk membayar zakat.Ada yang kata boleh guna untuk bayar zakat untuk membersihkan keuntungan, tidak boleh sama sekali.

Zakat hanya untuk barang halal yang kita miliki, kita keluar.Zakat guna duit curi, tak boleh. Zakat mesti milik penuh kita sepenuhnya yang halal seperti gaji kita.

Bagaimana menangkis hujah dan saranan ustaz kepada individu yang 'naif' dari sudut hukum agama yang meletakkan sesetengah para ustaz,lebai atau orang yang arif dibidang agama sebagai 'benchmark' mahupun kayu ukur untuk memasuki dan menyertai MLM atau Skim ini?

Nasihat saya kepada pemimpin sesebuah organisasi, persatuan, pertubuhan, atau masyarakat ialah Nabi sebut dalam hadis sohih yang bermaksud: "Allah tidak melantik seseorang menjadi pemimpin melainkan untuk memberi nasihat kepada ahli ataupun rakyat tentang urusan agama termasuklah kewangan. Jika tidak, Allah haramkan syurga ke atas mereka."

Jadi janganlah main-main dengan urusan seperti ini, cari jalan bagaimana nak 'educate' mereka dan memberi penerangan apa itu halal dan haram mengenai kewangan Islam.

Kepada para ustaz termasuk diri saya sendiri, saya nasihatkan cermin diri dan 'check'. Bidang mana yang anda ahli, pakar tentangnya malah bagi lepasan ijazah, 'check' diri sendiri, anda 'graduate' bidang apa.

Jika bidang Syariah, anda faham tak instrumen pelaburan semasa yang dicipta kebanyakan oleh puak Barat ni? Sebelum beri hukum kena faham dulu untuk aplikasikan ilmu dari kitab-kitab tu.

Jadi buat sembarangan dalam hal kewangan ini, bila diri sudah ustaz, tidak bermakna kita boleh mengajak orang lain untuk menyertai kita. Bukan semua ustaz mahir semua bidang.

Ada yang jadi ustaz kerana mengajar bahasa Arab atau mengajar mengaji muqaddam. Ustaz yang pakar bahasa Arab tetapi dia tidak mahir tentang fiqh muamalat.

Saya sendiri walaupun orang gelar 'ustaz', saya tidak pakar dalam urusan faraid dan menguruskan pusaka wasiat kematian. Ada yang tanya saya, saya minta mereka rujuk dan semak dengan ustaz-ustaz di Amanah Raya Berhad kerana mereka pakar tentang perkara itu.

Jadi jangan bagi fatwa atau pandangan yang menyeleweng, kerana ia sesat lagi menyesatkan.

Kena tahu kemampuan diri masing-masing khususnya jika pakar tentang Fiqh muamalat barulah layak untuk memberi telahan, hujah, pandangan dan fatwa tentang kewangan Islam.

Akhir sekali kepada orang awam atau oarang ramai ialah 'Kalau anda sakit jantung, jumpa pakar jantung jangan jumpa pakar tulang', walaupun namanya juga doktor, pakai stetoskop dan uniform pakaiannya putih nanti, di kemudian hari penyakit anda akan menjadi lebih parah.
 
 
 

Posted at 11:42 pm by adept
Make a comment  

Nov 25, 2005
KISAH YANG MUNGKIN NYATA

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.
Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya..... siapa dia... tiba2 aku merasa dada ku sesak...sukar untuk bernafas....namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara
seperti biasa. Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus berjalan.....kekerongkongku.... sakittttttttt........sakit......rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya....

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku.....Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh......... khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi...Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak..... air mataku seolah tak berhenti.Tangan & kakiku kejang2
sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan.

Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke
arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia???????...Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil
menangis...mereka menjerit... hysteria terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia.............???????? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...????????


Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai
berteriak..... tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku... Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak..... Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... masaku telah terlewat........ aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum Sholat. Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bias membaca E-mail ini sungguh aku amat sangat bahagia. Karena aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat
kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Sebarkan e-mail dakwah ini ke 5 orang terdekat Anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Cukup lima saja! Ini bukan surat ancaman berantai. Yang jelas jika Anda tidak meneruskan e-mail ini, maka Anda telah menyia2 kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal shalih. Jika anda lakukan dengan ikhlas insya Allah Anda akan menuai kebaikan.

Mari berlumba dalam kebaikan


Posted at 09:31 am by adept
Make a comment  

Nov 24, 2005
PENGHUNI MAHSYAR MERAYU DIPERCEPATKAN HUKUMAN

 
Satu pertanyaan timbul dikalangan ahli Mahsyar, iaitu berapa lama mereka mesti berada di padang mahsyar ?. Tidak siapapun yg tahu. Perit derita dialami berada disitu, dalam tangis dan keluhan yg tidak berhenti-henti namun mereka tetap dalam keadaan membisu tanpa sepatah kata, dalam keadaan tidak tahu hendak mengadu kepada siapa. Mereka amat lapar tanpa sebutir makanan yg mengisi perutnya, tanpa setitik air yg membasahi tekaknya sejak sekian lama, malah sama sekali tidak pernah merasai hembusan angin yg boleh memberikan sedikit kelegaan.

Berdiri terpacak dengan kedua belah kaki tanpa berganjak setengahnya pula berdiri dgn kepala ke bumi, mereka berkeadaan demikian selama 300 tahun akhirat. Suatu jangka masa yg tidak lagi diukur dengan peredaran bulan atau matahari kerana matahari sudah tidak beredar seperti didunia dahulu. Sesaatpun manusia tidak akan tahan dalam pancaran matahari di atas kepala, betapalah hingga 300 tahun ukuran akhirat. Saidina Hasan r.a menjelaskan bahawa satu hari di bumi mahsyar itu bersamaan 50,000 tahun, setahun mengandungi 365 hari dikali dengan 50,000 tahun dan dikalikan pula dengan 300 tahun akhirat, dengan demikian penghuni mahsyar berdiri selama kira-kira lima ribu juta tahun.

Waktu yg begitu panjang itu hanya sekadar suatu tempoh bagi Allah SWT membiarkan manusia dibumi mahsyar, suatu tempoh deraan yg tidak tertanggung oleh manusia sementara menuggu hari perhitungan amal. Berdiri dalam berhimpit-himpitan seperti yg diibaratkan oleh Rasululluah s.a.w laksana anak-anak panah yg disumbatkan ke dalam bakul dengan bersesak-sesak. Demikianlah penghuni mahsyar berhimpit padat sehingga tidak ada ruang untuk bernafas, menahan dahaga bagaikan terbakar rengkung dan rasa lapar yg tidak dapat dibayangkan lagi.

Dikala itu tiba-tiba Allah SWT perintahkan seluruh penghuni mahsyar supaya berpaling kearah neraka. Ini arahan pertama dari Allah SWT kepada ahli mahsyar setelah mereka idak dipedulikan selama 300 tahun, tidak dipedulikan oleh Allah sudah merupakan azab buat mereka,betapa pula apabila mereka diarah menghadap ke arah neraka yg apinya menjulang, dengan arahan itu tidak seorang pun yg dapat berpaling dari neraka kecuali mereka yg mendapat rahmat Allah.

Ketika sedang terlalu dahaga, datang malaikat Zabaniah membawa air untuk mereka, pada mulanya ahli mahsyar bergembira tetapi malangnya air itu tersangat panas sehingga apabila mangkuk air itu didekatkan ke mulut ahli mahsyar, lantas daging muka mereka luruh berguguran kerana air yg dibawa oleh malaikat Zabaniah terlalu panas. Muka mereka hanya tinggal tengkorak yg hangus.

Demikianlah Allah SWT menunaikan janjinya bahawa Tuhan akan menjadi raja yg memerintah pada hari akhirat, suatu hari yg amat digeruni oleh para malaikat. Malangnya hari itu telah dilupai oleh para raja dan pemerintah di dunia, sehingga mereka melakukan kezaliman yg besar apabila enggan melaksanakan hukum dan peraturan Allah

Ketika Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya di dunia kebanyakan manusia ambil peduli. Allah SWT berfirman melalui Rasul-Nya menyatakan bahawa kasih sayang Allah mengatasi kemarahan-Nya, dengan sifat-Nya yg Maha Halus dan Maha Penyantun, manusia dirayu dengan penuh kasih sayang agar beriman dengan Allah dan hari akhirat tetapi tidak ramai yg menghiraukan rayuan Allah.

Pada hari Mahsyar tibalah masanya bagi Allah membuktikasn peringatannya tentang bahaya hari akhirat bagi mereka yg mendustakannya. Mahsyar bukanlah hari pembalasan yg sebenar. Ia hanya sekadar suatu perhimpunan sementara menunggu perhitungan amal. Namun kebanyakan ahli mahsyar mengeluh tidak tahan lagi berada lebih lama disana.

Dalam keletihan yg tidak terhingga dan rasa lapar dahaga yg menghiris kerana jutaan tahun (menurut ukuran masa) tidak ada sebutir makanan atau setitik air yg masuk ke perutnya. Ketika itu kedengaran dikalangan mereka yg berkata: "Tidak adakah dikalangan kita yg boleh mengadu dengan Tuhan agar disegerakan hukuman".

Ada juga terdengar suara dikalangan ahli mahsyar yg memberikan cadangan agar berjumpa Nabi s.a.w.. Ketika inilah baru mereka ingat akan Nabi s.a.w, ketika inilah baru mereka ingat agar berjumpa Nabi, walaupun semasa didunia dahulu mereka langsung tidak menghiraukan seruan nabi, malah ada yg mendustakan dan memusuhi Nabi serta membuat tuduhan terhadap nabi sebagai ahli sihir,orang gila dan sebagainya.

Ketika itu, kebanyakan para Nabi enggan menerima rayuan mereka sambil berkata "Bahawa hari ini masing-masing membawa diri, nafsi-nafsi, urusan aku terlalu banyak dan tidak sempat untuk memikirkan hal orang lain. Hari ini adalah hari bagi tuhan memperlihatkan kemurkaan-Nya, belum pernah Tuhan marah sedashyat hari ini".

Akhirnya mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w dan meminta agar diri mereka diberi syafaat, Nabi memberikan syafaatnya sebagaimana yang pernah dijanjikan , tetapi hanya kepada orang-orang tertentu yang pernah mengikat perjanjian dengan Allah dengan keimanan yang tinggi dan amal soleh . Nabi Muhammad s.a.w telah diizinkan oleh Allah SWT sebagaimana yang tersebut didalam Surah Thahaa ayat 109 yang bermaksud..."Pada hari itu tidak berguna syafaat kecuali (syafaat) orang hanya Allah Maha Pemurah telah memberi keizinan kepadanya, dan Dia telah meredhai perkataannya".

Menurut Imam Al-Ghazali bahawa mana-mana orang yang berumur panjang,sedangkan dia terlalu teruk menanggung sabar kerana ujian keimanannya terhadap Allah, sabar dari segala runtunan hawa nafsu ,sabar menghadapi ancaman seteru-seteru Allah , maka bagi orang itu akan terasa pendek masa yang dilalui dihari Mashyar.

Justeru orang-orang yg beriman dan patuh kepada semua suruhan Allah serta menghindari segala pantang larang dari perkara-perkara yg haram ,maka banyak masalah yg ditempuhinya , kesukaran dan berbagai ujian kerana mentaati suruhan Allah . Apabila manusia dalam sengsara akan menjadikan manusia terasa terlalu lama hidup di dunia. Sekiranya dia berhati sabar menempuh segala halangan dan cubaan ,maka wajarlah ia menerima rahmat dari Allah dengan menjadikan masa yang singkat sewaktu berada di Mashyar.

Hal-hal inilah yang menjadi pendorong dan semangat terutama kepada mereka yang berjihad didalam harakah Islamiah ,kerana berada dalam gerakan Islam itu pasti akan menempuh berbagai ujian,dimusuhi dan dibenci oleh orang-orang yg tidak senang.Disebabkan menyokong gerakan Islam , akibatnya dia menerima berbagai sekatan,dihalang dari menerima bantuan,dicerca , dipulau dan dimaki.

Namun kesemua itu akan menjadi suatu yg mendatangkan rahmat kepadanya di mashyar kelak, apabila dia sabar diatas segala rintangan itu.Ketika manusia diperam dan dijeruk didalam lautan keringat dan airmata dihari Mashyar, maka Allah kurniakan rahmat terhadap mereka dengan menjadikan jangka masanya singkat di bumi Mashyar.Walhal bagi orang lain yg tidak mendapat rahmat dan syafaat , tetap merasai suatu jangka masa sehingga ribuan juta tahun.

Orang-orang yg beriman sering memikirkan kesengsaraan hari mashyar yg deritanya tidak terperi, dia sedar bahawa sebagai manusia yg lemah tidak mampu menanggung azab yg begitu lama di bumi mashyar, justeru itu dia sanggup menanggung kesusahan yg sebentar didunia semata-mata kerana hendak mentaati segala perintah Allah dan menjauhi apa jua larangan-Nya, serta memperjuangkan agama-Nya agar ia sentiasa terbela walaupun ramai dikalangan manusia yg membencinya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; "Kepada orang mukmin yng menanggung sengsara kerana beriman dengan Allah SWT , maka ia akan diringankan seperti lebih ringannya dia melakukan solat fardhu semasa di dunia".

Oleh itu selagi umur masih ada sayugialah orang-orang mukmin itu berfikir dan berusaha ,samada dia benar-benar merasa gerun dengan hari mashyar . Adakah dia memilih ingin rehat di hari mashyar atau hendak membuang umur dan membazirkan waktu dengan sia-sia didunia ini. 

 


Posted at 09:46 am by adept
Make a comment  

Selamatkah kita di Padang Mahsyar?

Setelah semua mahkluk yang bernyawa dialam nyata ini mati dan hancur binasa, Allah SWT memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya :

" Wahai nyawa yang telah keluar dari badan, tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai,kulit-kulit yang telah pecah hancur,rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah SWT yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja! "

Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit,didapati langit berjalan-jalan, mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu. Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan kiamat. Lantas mereka berkata,
" Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul."

Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran :

" Mereka berkata: "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur ) ?" (Yassin: 52 )


Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya.Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dibadan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam - macam rupa.

1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.

2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.

3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.

4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.

5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.

6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.

7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat ( mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama).

8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.

9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk, orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.

10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.

11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki.Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.

12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang (lalai dalam sembahyang)

13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat.Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.

14. Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka. Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.

15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia, tidak takut pada Allah.

16. Ada yang terpotong halkum, keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.

17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengalir darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.

18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit. Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka. Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.

19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka. Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.

20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.

21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu,lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia.

 


Posted at 09:39 am by adept
Make a comment  

Nov 23, 2005
Takut Dengan Dosa

Orang mukmin yang sejati itu

Jika terbuat dosa

Hatinya luka,punah,sedih dan derita

Jiwanya parah, dia tidak boleh melupakannya

sepanjang masa

Kalau anggota lahir, sudah tentu nampak berdarah

Kalaupun sembuh dari lukanya

Namun parutnya ada

Begitulah halus perasaan seorang hamba Allah yang berdosa

Dia tidak boleh melupakannya sepanjang masa

Bagaimana dia boleh melupakannya

Kerana parutnya masih ada

Ertinya ingatannya kepada dosa tidak boleh dilupakan

Teringat sahaja jiwanya tersiksa

Teringat sahaja hatinya derita

Payah sekali dia mahu melupakannya

Perasaan ini adalah anugerah dan nikmat  dari Tuhannya

Takut dengan dosanya itu adalah buat syafaat kepadanya

Tersiksa dengan dosa , derita dengan kesalahan

Dianggap oleh Allah itulah hukuman

kepada hamba-hambanya

Moga diakhirat kelak terlepas

Daripada siksa Nereka

Begitulah hati seorang mukmin

Sentiasa sahaja bergelora

Kerana takut dengan Tuhannya

Lebih-lebih lagi setelah berbuat dosa

Kalaulah Allah perlihatkan kepada manusia

Sudah tentu manusia akan mengatakan dia telah gila

Kerana keluh kesahnya sentiasa bergelumbang

didalam jiwanya

Kerana takut sangat dengan Tuhannya

Posted at 01:45 pm by adept
Make a comment  

Nov 22, 2005
Kuliah Syahadah

Dua  kalimah ini sangat terkenal pada masyarakat Islam kerana ia adalah syarat untuk seseorang menganut agama Islam. Kalimah ini dikatakan 2 kalimah syahadah. Ia juga disebut dengan nama-nama lain seperti kalimah toyyibah, syahadah  tauhid atau syahadah Rasul.
 
 Tetapi istilah yang paling popular adalah “dua kalimah syahadah”. Maknanya sepertimana yang sudah kita maklum.
 
 "Saya naik saksi bahawa tiada jenis Tuhan yang disembah melainkan Allah dan saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."
 
 
Kebiasaannya diterjemahkan ," Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah,..." itu tidak tepat.
Menurut bahasa Arab, terjemahan itu kurang tepat. Yang tepat ialah," Saya naik saksi bahawa tiada jenis Tuhan yang disembah melainkan Allah.."
 
Apa maksud ‘jenis’ di sini? Jenis bermaksud setiap yang dijadikan Tuhan ataupun istilah tepatnya makhluk. Allah tidak boleh dikatakan jenis sebab Dia bukan diciptakan. Sebab itu harus diterjemahkan begitu.
 
 
Jika diterjemahkan, "Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, " seolah-olah Tuhan itu bukan hanya Allah tetapi wujud juga tuhan2 lain. Seolah-olah tuhan-tuhan lain itu juga tidak diciptakan walhal hanya Allah yang tidak diciptakan itulah yang sebenar2 Tuhan.
 
 Maka kita terjemahkan, " Saya naik saksi bahawa tiada jenis Tuhan yang disembah..." Ertinya Tuhan itu hanya ada satu  yaitu Allah sahaja sebab Allah bukan berjenis. Allah bukan diciptakan. Kalau makhluk, contohnya di sini, Rasulullah memang jelas jenis dicipta.
 
Dua kalimah syahadah ini, bagi kita yang sudah lama masuk Islam, atau memang berketurunan Islam, kita sudah lali dan tidak terasa apa-apa. Padahal kalimah ini besar, agung, dan hebat. Tetapi oleh kerana kita sudah merasa biasa,maka kita tidak terasa apa-apa lagi. Lebih-lebih lagi sewaktu kita mengucapkan dan menterjemahnya begitu saja.Tidak terasa berharga padahal nilainya lebih besar daripada dunia dan akhirat.
 
Alangkah malangnya, kita berada di dalam agama Islam tetapi kalimah suci ini boleh dibaca begitu sahaja tanpa terasa apa-apa. Ia tidak berkesan dan tidak mengubah sikap.Itu yang menyedihkan.Padahal kalaulah Al Fatihah itu merupakan isi seluruh Al Quran dan Hadis maka seluruh aqidah kita pula ada dalam ucapan kalimah syahadah. Ia merupakan intipati akidah. Intipati persoalan iman ada di dalam syahadah.
 
Padahal di dalam Islam, akidah merupakan persoalan pokok.Kalau ibarat sebuah pohon ia merupakan akar tunjangnya. Kuat atau tidaknya Islam seseorang itu ditentukan oleh akidah. Sebab itu 2 kalimah syahadah ini merupakan intipati akidah atau iman.
 
Dua kalimah syahadah ini termasuk dalam Rukun Islam yang lima, diletakkan sebagai yang pertama. Cuba lihat 4 yang selepasnya, semuanya berbentuk syariat. [sholat, puasa, zakat, haji] Sedangkan syahadah itu  sendiri bersifat akidah. Ertinya rukun Islam yang ada 5 itu, yang pertama  bersifat akidah dan 4 lagi bersifat syariat.
 
Manakala rukun Iman yang ada 6 semuanya bersifat akidah [ Percaya kpd Tuhan, Malaikat, Rasul, Kitab, Qiamat, Qada’ & Qadar ] Sepatutnya jika mengikut logik, kalau Tuhan tidak mengajar rukun Iman pun tidak mengapa sebab segala rukun iman itu sudah termasuk dalam 2 kalimah syahadah.
 
 
Ataupun Rukun Iman tetap dikekalkan tetapi di dalam Rukun Islam yang pertama, bukan diletakkan 2 kalimah syahadah sebab rukun Iman sudah merangkumi semua akidah.
 
 Kalau mengikut logik, jika sudah ada di dalam rukun Iman maka tidak perlulah dimasukkan kalimah syahadah lagi dalam rukun Islam itu kerana kalimah syahadah itu Iman.Ia merupakan intipati akidah jadi sepatutnya cukuplah dalam rukun iman.
 
Apakah maksudnya di sini? Menunjukkan, oleh kerana rukun Iman dan rukun Islam itu kuat menguatkan tentang akidah, Tuhan hendak menekankan kita bahawa akidah adalah paling penting dalam Islam. Ia merupakan perkara asas. Akidah adalah yang terpokok. Kalau tidak ada akidah, syariat yang baik pun tidak tidak ada arti. Berbuat baik pun tidak ada arti. Tetap mati kafir yang kekal abadi dalam neraka.
 
                                             
--------------------------------------------------------------------------------
Kuliah: Ustaz Ashaari Muhammad
Sumber: Rufaqa Eropah 
 
 
 
Bila mata tidak dapat melihat jgn anggap sesuatu itu tidak ada

Posted at 08:53 am by adept
Make a comment  

Kuliah Syahadah ( Bhgn 1 )

Bismillahi rahmanir rahim
Anak-anakku yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah. Mari kita sambung kuliah tentang Kalimah Syahadah ini. Hari ini kita hendak perkatakan tentang syahadat Rasulullah. "Asyhadu allailahaillallah wa asyahaduanna muhammadurrasulullah" - Saya naik saksi bahawa tiada jenis Tuhan yang disembah melainkan Allah. Saya naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Dalam ajaran Islam, Rasulullah juga termasuk sebahagian akidah. Sebab itu di’set’kan dalam syahadah itu, nama Allah dengan Rasulullah. Tidak sah akidah jika menyebut salah satu sahaja. Jika kita bersyahadah dan menyebut Rasulullah tanpa Allah atau menyebut Allah tanpa Rasulullah, itu tidak dikira sah.

Kebesaran Tuhan itu tiada tandingannya. Tiada satu makhluk pun yang boleh menandingi-Nya. Tetapi atas nisbah makhluk, kehebatan Rasulullah itu besar. Allah SWT sendiri membesarkan baginda supaya hamba-hamba Allah juga membesarkan baginda. Hinggakan nama Allah  dan Rasulullah di’set’kan sekali dalam syahadah. Akhirnya kedua-keduanya menjadi akidah, menjadi pegangan dan keyakinan.

Apa maksudnya Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah? Artinya kita wajib yakin bahawa baginda itu pesuruh Allah. Pesuruh yang Tuhan telah lantik kepada seluruh alam. Jin dan manusia diperintahkan mengikut apa yang diarahkan oleh Allah,  yakni mengaku Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Itu akidah asas.

Termasuk dalam ‘meyakini’ yang tersirat iaitu apa sahaja yang ada hubungan dengan Rasulullah atau yang wajib berlaku pada Rasulullah. Wajib kita yakin. Pegangan dan akidah kita adalah termasuk dalam pengakuan syahadah itu.

Kita sudah mengakui Allah itu Tuhan kita. Zat itu adalah zat Pencipta alam. Dengan sendiri, sifat-sifatNya yg berkait dengan Tuhan, kita wajib yakin dan percaya.

Artinya kalau kita yakin seseorang itu utusan Allah, maka kita bersaksi, percaya dan yakin kepada apa sahaja sifat-sifat yang wajib pada Rasul itu.

Ada 4 sifat wajib yang ada pada Rasul yang wajib diketahui, yakin dan percaya iaitu:

1.Dalam syahadah Rasulullah, yakinkan bahawa " Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu siddiq." Apa maksud Rasulullah itu siddiq? 


    Siddiq berarti Benar, yakni kata-katanya benar, perbuatannya benar, sikapnya benar, menggambarkan segala yang Allah perintahkan kepadanya.

~Rasulullah itu, cakapnya tidak mendahului perbuatan.

~Tidak membohongi.

~Perbuatannya tidak membohongi perkataan.

~Perbuatan dan kata-katanya itu sama.

Itulah keyakinan kita. Kita naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu siddiq. Kita membenarkan perkataan, perbuatan dan sikapnya. Apa yang berlaku pada Rasulullah itulah yang Tuhan kehendaki.


2.Begitu juga kita naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu amanah. Apa maksud amanah?
Apa sahaja yang Allah pesankan untuk disampaikan, walau satu perkataan pun tidak tercicir/cecer. Bukan sahaja satu ayat, malah satu perkataan pun tidak tercicir. Satu lafaz pun tidak tertinggal. Bahkan satu huruf pun tidak tercecer. Artinya amanah sungguh Rasulullah itu. Allah swt telah menyampaikan Al Quran. Betapa banyak ayatnya dan perkataannya, namun satu huruf pun tidak tercicir. Begitu amat amanahnya Rasulullah dengan Tuhan.

Jadi, bila kita mengucap "asyhadu anna Muhammadurrasulullah",

didalamnya itu, rupanya terkandung yang dimaksudkan bahawa Rasulullah itu bersifat amanah.

Saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu amanah.

Sangat jujur menyampaikan hingga tidak ada yang tercicir dan tidak bertambah walau satu huruf.

Tidak menambah-nambah.
Maka kita bersaksi bahawa sifat amanah Rasulullah itu adalah satu keyakinan. Sesiapa yang tidak belajar tentang sifat ‘amanah’ dan ‘siddiq’ ini boleh berdosa. Akidah boleh menjadi cacat. Sebab itu wajib kita tahu, percaya dan yakin. Sebab ia termasuk sifat yang wajib bagi Rasul.

3. "Asyhadu anna Muhammadurrasulullah" itu juga kita maksudkan bahawa kita besaksi bahawa Rasulullah itu menyampaikan. Bukan sahaja kita wajib yakin rasul itu Rasul. Kita juga wajib yakin bahawa dia sangat menyampaikan. Sedikit pun tidak syak. Menyampaikan  hinggakan satu huruf pun tidak tercicir. Menyampaikan kepada semua.

 4.Bila kita mengucap dua kalimah syahadah itu, kalimah Rasulullah yang kita maksudkan lagi ilah "Saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah cerdik/fathonah".
Cerdiknya Rasulullah itu pun menjadi akidah. Sesiapa beriktikad Rasulullah bodoh, rosaklah akidahnya. Katalah seseorang itu yakin pada Rasulullah, yakni yakin baginda yang membawa Al Quran untuk mengislamkan  manusia dengan Al Quran, yakin baginda bersifat siddiq, amanah, dan tabligh tetapi yang satu ini dia tidak yakin. Maka rusaklah akidahnya.

Sifat cerdik itu adalah sebahagian dari satu pakej sifat2 Rasul yang 4. Itulah yang dikatakan Syahadat Rasulullah.

Syahadat Rasulullah menjadi akidah bersama-sama Syahadat Tauhid.

Cerdik Rasulullah bukan lagi cerdik istilah manusia.

Istilah genius itu adalah istilah yang tersendiri. Pada manusia umum, istilah cerdik itu biasa.

Tetapi hendak mencari yang ‘zakiyun’ itu juga payah. Genius pula istilah cerdik luar biasa pada orang awam [dipinjam dari bahasa Inggris].

Dalam istilah bahasa arab ‘genius’ disebut abqari iaitu ahli-ahli falsafah, ahli pemikir, atau ahli otak.

Rasulullah tidak dikatakan abqari. Dia amat tersendiri. Sebab itu ada istilah baqanah. Istilah baqanah hanya boleh disandarkan pada Rasulullah. Kecerdikan Rasulullah itu tiada bandingan. Abqari pun kalah. Walaupun seribu ahli falsafah yang bertaraf abqari, mereka tidak boleh
lawan satu fathonah. Sebab itu, ia dijadikan keyakinan akidah. Adalah menjadi akidah bahawa "Saya bersaksi Rasulullah itu adalah fathonah." 

 Jika ada kita bertanya seseorang  tentang Rasulullah, dia menjawab "Eh!  tak pernah dengar pun tentang sifat  fathonah pada Rasulullah?". Rusak akidah dia!

Lebih lagi boleh rusak,kalau dia telah belajar tetapi dia tidak yakin. Lagi rusak kalau dia tidak belajar dan dia tidak tahu bahawa akidahnya sudah rusak!

Sebab itu wajib tahu dan wajib belajar! Serta wajib dijadikan keyakinan. Kalau sudah tahu tetapi menolak juga, lagilah berat. Sebab kalau sudah rusak akidah, walaupun akidah tentang syahadat Rasulullah sahaja, solat, zakat, puasa, haji menjadi batal.

Maka semasa kita mengucap dua kalimah syahadat itu, bukan sahaja kita wajib mengakui bahawa Nabi Muhammad itu Rasul tetapi 4 sifat yang wajib baginya pun kita kena yakin dan kita saksikan. 

Saya rasa, tentang keyakinan pada sifat yang 4, inipun ramai orang telah mengabaikannya. Sifat Fathonah itu pun orang ambil tidak peduli. Ramai yang yakin Nabi Muhammad itu pesuruh Allah tetapi sifat-sifat baginda tidak pernah diambil tahu.

Seperti orang yakin bahawa Allah itu Tuhan tetapi tidak tahu yang Dia Maha berkuasa, berkehendak, mendengar dsb. 

Di dalam Islam ini, akidah yang asas sahaja tidak cukup. iaitu sekadar hendak membezakan antara Islam dan kafir. Menjadi orang baik itu sahaja tidak cukup. Allah minta kita bukan setakat menjadi muslim atau orang Islam. Tidak pernah dikatakan orang Islam begini-begini masuk syurga. Tidak ada. Syaratnya mestilah menjadi orang bertaqwa. Lagi selamat. Dengan Islam sahaja tidak tentu selamat. Mukmin sahaja pun tidak pasti selamat dari neraka. Mesti mukmin yang bertaqwa. Jadi, jika  hendak menjadi orang yang bertaqwa, ada satu pakej. Gabungan rukun iman, rukun Islam dan ihsan, ianya adalah  satu pakej. Kena ada ilmunya, difahami, dihayati lalu diapply dalam kehidupan, barulah boleh jadi orang bertaqwa.

Kerana ada rukun kepada rukun Iman, ada rukun kepada rukun Islam dan dalam rukun Ihsan, ada rukunnya. Kesemuanya itu satu pakej, barulah boleh menjadi orang bertaqwa. Sebab itu di dalam ajaran Islam ada 3, Iman, Islam dan Ihsan. Iman dan Islam sahaja tidak cukup. Mesti ada ihsan. Kalau sampai peringkat Ihsan , baru boleh menjadi orang bertaqwa. Bila sudah menjadi orang  bertaqwa, baru ada jaminan selamat dunia akhirat. Di dunia ada jaminan tenang, bantuan dari Tuhan dan diakhirat selamat dari neraka serta terus akan pergi ke syurga.


Jadi jangan belajar Islam yang asas sahaja sedangkan kita tidak sedar kita sudah jatuh kafir. Sebab itu Tuhan bukan hendak kita setakat menjadi Islam atau mukmin tetapi muttaqin.

---------------------------------------------------------

Kuliah : Ustaz Ashaari Muhammad
Sumber : Rufaqa Eropah

Tiada  yang  lebih   tinggi   dan  indah   dari   Islam...

Posted at 08:50 am by adept
Make a comment  

Kuliah Syahadah ( Bhgn 2 )

Bismillahirrahmanirrahiim

Akidah kepada Rasulullah ini hendaklah  diperluaskan lagi. Tidak cukup dengan hanya yang asas.

1. Di antaranya,'' Saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu maksum.''
Maksud  maksum adalah baginda tidak berbuat salah dan tidak berbuat dosa, sekalipun dosa kecil.

Walaupun sifat ini tidak wajib dipelajari dan tidak menjadi asas akidah  tetapi eloklah kita tahu supaya kita terasa kebesaran dan kehebatan Rasulullah SAW agar kita dapat menghayatinya.

Untuk menjadi orang bertaqwa, kita harus mencintai Rasulullah SAW dengan sebenar2 cinta.

''Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu maksum.'' Jarang orang memperkatakan sifat maksum ini sebab ia bukanlah akidah yang asas.

Rasulullah itu sejak dari kecilnya telah terpelihara. Dosa kecil pun baginda tidak buat. Bukankah luar biasa! Bila kita melihat peribadinya, kita menjadi sangat menyayanginya dan ingin
mengikut jejak langkah seseorang  yang sangat disayangi Tuhan.

 2. Kita harus menyaksikan bahawa Rasulullah itu adalah ummi.
 
Apakah maksud ummi? Maksud Ummi ialah, baginda tidak membaca dan menulis. Jangan berkata Rasulullah itu tidak pandai membaca dan menulis...jangan berkata begitu.

Untuk mendapatkan ilmu, Rasulullah tidak perlu membaca dan menulis seperti kita.
 
   Lebih bahaya lagi bila kita kata dia tidak boleh membaca dan menulis. Itu namanya menghina. Jika kita kata Rasulullah membaca dan menulis, tidaklah hebat juga bunyinya dibandingkan dengan jika kita kata baginda tidak membaca dan menulis.

Kalaulah kita tidak membaca dan tidak menulis [ummi], akan berilmukah kita? Rasulullah tidak membaca dan tidak menulis tetapi baginda sarat dan penuh dengan ilmu. Sungguh luar biasa!
 
Jadi terasalah kehebatan dan kebesaran Rasulullah itu. Keyakinan Ini penting untuk mencapai sifat taqwa. Jadi  katakanlah '' Aku naik saksi bahawa Rasulullah itu tidak membaca dan tidak menulis''. 
 
3. '' Saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu contoh ikutan.'' Mesti yakinkan itu. Bila dikatakan contoh, kita akan nampak baginda itu di hadapan dan di belakang kita. Roh kita akan menjadi yakin akan kebesarannya lantas mudah kita mencapai sifat  taqwa,
 
 
4. ''Saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah wasilah.''

Rasulullah SAW  itu adalah  wasilah tetapi kita sebagai umatnya  jarang mengambil peduli dan tidak endah. Padahal perihal  wasilah baginda itu adalah satu  perkara  yang besar. Apakah buktinya ?.

=>Setiap hari kita membacanya di dalam doa selepas azan.Walaupun hukumnya sunat, maksudnya adalah besar.

Apakah maksud wasilah?  Wasilah ada dua =>  yang lahir dan  yang batin. Wasilah lahir adalah ilmunya. Jikalau bukan baginda sebagai wasilah, kita tidak mendapat ilmu yang diwahyukan kepadanya sebagai utusan Allah.

Katalah kita tidak mahu belajar ilmu-ilmu  yang disampaikan oleh Rasulullah  SAW melalui Al Quran dan Hadis => maka boleh rusaklah wasilah lahir kita.
 
Wasilah lahir Rasulullah ialah perbuatannya, sikapnya, tingkah laku dan sebagainya, walaupun Rasulullah sudah tiada lagi. Dengan izin Allah, baginda diyakini orang walaupun sudah lebih 1400 tahun baginda meninggalkan kita.

     Ada lagi satu wasilah yang telah dilupakan  orang iaitu wasilah roh muqodassah.Roh yang sangat suci.Walaupun baginda sudah wafat, dengan izin Tuhan, baginda boleh membantu umatnya.
 
Sama ada dalam menolong agamaNya, untuk mendapat kekuatan lahir dan batin, baginda boleh dijadikan wasilah. Ilmu ini sudah berratus tahun tidak dipedulikan orang. Sebab itu umat Islam dihina dan terhina. Bahkan bagi golongan fahaman wahabi, wasilah itu dianggap syirik.

Sebab itu orang-orang yang rohnya bersih, mereka  boleh berjumpa Rasulullah dalam keadaan jaga =>bukan dalam mimpi. Jika di  dalam mimpi, itu perkara biasa. Mereka boleh berbual2 dalam keadaan jaga. Bukankah hebatnya Rasulullah!

Kita boleh berdoa dengan menyeru namanya, meminta bantuannya.
 
'' Wahai Rasulullah, tenangkan hati saya. Berilah  saya ilmu dan lain-lain. Bantulah  saya menjadi orang bertaqwa.''

Ini sudah tidak dipelajari sejak beratus tahun. Sebab itu umat Islam terhina dimana-mana.
 
Jadi bila kita mengucap dua kalimah syahadah, menurut kita yang berfahaman Ahli sunnah wal jamaah, maka kita bersaksilah bahawa baginda adalah wasilah.
 
5. Kita naik saksi lagi bahawa Nabi Muhammad itu kalau bukan karenanya, dunia dan akhirat tidak diciptakan.

Bukankah betapa  besarnya Rasulullah? Sebab itu baginda dikatakan sohibuz azman =>Orang yang mempunyai /menguasai semua zaman.
 
Sebab itu perlu wasilah baginda , kerana baginda itu Tuhan yang menjadikan.
 
Sebagaimana Allah menyebut di dalam Al Quran,''Tidak Kami jadikan engkau Muhammad, melainkan rahmat bagi seluruh alam.''
 
Artinya kalau bukan kerana Rasulullah, dunia akhirat dan kita ini pun tidak ada.

''Ya Allah, saya minta di atas nama Nabi Muhammad kerana wasilah.'' Turunlah rahmat.

Kerana Rasulullah, Allah berikan apa yang diminta. Inilah ilmu yang sudah dilupakan orang. Bahkan disyirikkan orang. Banyak perkara-perkara seni sudah terhapus. Kerana itu untuk berkasih sayang sudah susah! Seni-seni sudah tidak ada. Jiwa sudah menjadi kasar.
Itulah dia akidah tambahan untuk menjadi orang bertaqwa. Jika yang asas sahaja, tidak cukup.
Sebab itu jika kita membaca riwayat,  sahabat-sahabat di zaman Rasulullah, janggut Rasulullah pun dipandang besar. Sayidina Khalid membawa janggut Rasulullah ke medan perang. Bila serbannya jatuh sewaktu berperang, dia cepat-cepat mengambilnya kerana ada janggut Rasulullah di dalamnya.

Akhirnya orang bertanya,''Wahai Khalid, sewaktu berperang, serban kamu jatuh pun, kamu ambil?''

=>''Sebab ada janggut Rasulullah di dalam serban....Dengan berkah janggut kepunyaan Rasulullah itulah saya diizinkan Allah menang.''

Dengan janggut baginda, orang boleh bertawassul,mengambil berkat, betapalah dengan roh, jasad, akal dan dengan akhlaknya. Tetapi ilmu ini sudah terlalu dilupakan.

Syahadah Rasulullah itu besar dan luas. Ada yang asas dan ada yang tambahan. Bila digabungkan barulah boleh membantu kita untuk menjadi orang yang bertaqwa.

Saya rasa cukuplah setakat itu. Yang baik datangnya dari Tuhan. Terima kasih Tuhan kerana telah memberikan sesuatu yang benar.


--------------------------------------------------- 
Kuliah: Ustaz Ashaari Muhammad
Sumber : Rufaqa Eropah


Tiada  yang  lebih   tinggi   dan  indah   dari   Islam...

Posted at 08:41 am by adept
Comments (2)  

Nov 21, 2005
Akhlak Mulia Bunga Diri

Bismillahirrahmanirrahim

 

Akhlak-akhlak mulia adalah bunga-bunga diri

Kecantikan dan keindahan pada taman peribadi

Orang melihat senang hati, banyak orang jatuh hati

Akhlak bunga diri, nilai diri manusia

 

Tiada bunga diri, tiada harga diri, tiada siapa menghormati

Tiada harga diri, tiada siapa pun simpati

Bahkan orang benci, orang selalu caci dan tidak disenangi

Pemarah, sombong, hasad dengki adalah kudis-kudis, pekung-pekung yang bernanah

Haloba, tamak, gila puji, gila nama

Danur-danur busuk pada diri yang meloyakan tekak

Orang benci, orang lari, orang caci, orang tidak senang hati

 

Tanamlah bunga di dalam diri, sebagai taman yang indah

Jika tiada bunga diri, kalau pemimpin orang hormat berpura-pura

Orang takut sayang tiada

Orang kaya, orang segan hormat tiada

Ulama tiada bunga diri, orang tiada hormat

Kata-katanya tiada didengar lagi

Jika berlaku pada pemuda, orang tolak pinangannya

Pemudi tiada bunga diri, orang takut meminangnya

 

 

Akhlak bunga diri, taman indah berseri pada peribadi

Tanamlah bunga dengan banyaknya dalam taman diri kita

Muka buruk pun dipandang cantik

Muka yang cantik apatah lagi bertambah cantik dan menarik

 

Jika ramailah di dalam sebuah negara rakyatnya mempunyai taman bunga diri

Rakyat-rakyatnya dimulia, negara bangga, agama bertambah tinggi nilainya

Setiap peribadi kenalah berusaha menanam bunga di dalam diri

Terutama para ulama, para pemimpin dan orang-orang kaya

Kerana mereka tempat pandangan rakyat jelata

Mereka itulah menjadi model di dalam negara

__________________________________________________

Nukilan: Ust Hj Ashaari Muhammad

9.5.97 Selepas Subuh


Posted at 09:07 pm by adept
Make a comment  


Next Page




<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed